Sunday 23 June 2013

Torchbearer for the ummah ! :)

ASSALAMUALAIKUM ,
Hmm , masuk hari ini genap dua minggu aku jadi student mahasiswa di CFS IIUM . hari ini 24 jun , aku masuk 10 jun , kira betul lah empat belas hari . Walau baru dua minggu , tapi TAARUF WEEK atau Common orang panggil TaWe *haha* , macam baru semalam je berlaku .
Cehh , ayat jiwang karut pulak . Kakaka . Jadi aku nak cerita lah serba sedikit atau mungkin overall punye version pasal TAWe Ni . Adik adik yang baru nak masuk tu ,wajib baca tau ! *heh , bajet senior kejap :) *

Hmm , first impression aku time dekat sini masa pendaftaran tu , awesome sangat ! Sebab kitaorang akan sentiasa ada petunjuk arah . Kira konfem kita takkan sesat lah , haha. Setiap 1 meter pasti ada committee yang akan tunjuk jalan ke sana kemari . Kira memang teratur gila cara pendaftaran depa ! Congrats sis and bro !

Owh wait . Kami kat sini panggil senior senior bro and sis . Okay tu je .

Hari pendaftaran dia ada tiga hari , 8 , 9 , dan 10 jun . Budak budak asasi law kene  hari 10 tu . Hmm , aku ingat siikit je budak lelaki masuk law , rupanya banyak laaa wei . Bestla kan , senang sikit nak study nanti . Hahah . Dah siap register , alhamdulillah semua lancar takda pape pun tersekat ke tertinggal ke . Alhamdulillah .
 
Then lepas tu masuk bilik atau hostel atau sini panggil MAHALLAH , tu dalam bahasa arab tu sebenarnya . Hmm , aku MAHALLAH FATIMAH AZZAHRA . paling dekat sekali dengan pintu pagar  masuk cfs iium ni . Okayy la , dapat bilik yang macam rumah jugak la . Dalam tu ada tiga bilik , satu bilik 2 orang satu bilik 2 orang satu bilik lagi 5 orang . Alhamdulillah , semua baik baik roommates . Kira dah rapat la sekarang . Then ada toilet dalam rumah je , ampaian , semua lah . Kira puas la jugak dengan FZC ni , hihi . untuk mahallah lain , contohnya umar alkhattab dan abu bakar , masing masing punya insfrastruktur yang berbeza . Umar ada 4 orang satu bilik , abubakar ada 12 orang . Yang aku sebut ni untuk lelaki jelah . Perempuan mahallah dia nama Khadijah , Aisyah , Zainab jahsy . Semua mahallah lain lain facilities dia . Kalau compare , FZC la paling Lack Sekali facilities dia ! Haha , tapi takpa , redha je . Cuma yang bestnya semua mahallah ni , satu bilik dia letak sama kos  , kira senang la nak study nanti . In shaa allah . =)

Aihh , lupa plak nak cerita pasal TaWe ni , haha . Okay sambung ,

Then malam tu kami di briefing untuk ambik test esok . Haa , kene tau tau yang nak masuk uia ni , dafta habis  , esok terus korang ada test tau ! Test ni untuk nilai dan tengok sejauh mana hangpa layak duk kat uia . Mean , lama ke sekejap asasi kita , setahun ke setahun setengah ke , dua tahun . Haa , semua tu depend pada test tu nanti .

So , test ada empat .
1) English Placement Test (EPT)
2) Arabic Placement Test (APT)
3) Fundamental Knowledge Test (FKT )
4) Tilawah Entrance Test (TeNT)

Pendek cerita , sape nak setahun , kene EXEMPTED SEMUA . Exempted tu macam lebih dari level 6 laa . Untuk apt dan ept la . Yang tilawah dengan fkt tu lain pulak . Tapi sape nak tengok contoh soalan ept tu , dia macam soalan muet sikit . Ada 4 soalan comprehension , dua esei . Satu graph satu opinion . Ini bukan soalan bocor tau , tapi bentuk dia macam ni laa . !hehe  . Then arab pulak , yang dah ada basic arab pun , pastikan study tau ! Walau soalan pertama dia senang nak mati , tapi soalan last dia susah nak mampos ! Haha . Takde la , sape tak tahu maksud konfem tak leh jawab kan ? Hihi . Cuma yang takde basic its okayy , dia bagi tulis nama dan no matrik and then boleh blaa . Haha !

Alhamdulillah , result dapat hari jumaat minggu tu . Aku tak exempted , tapi aku bersyukur je . Inshaa allah setahun setengah . Dan inshaa allah jugak aku boleh ambik syariah law atau nanti buat Double degree . Hmm , doakan ya !

Tu pasal exam la , yang student selalu takut takut dan banyak tanye jugakk la . Pasal Tawe lagi , lepas tu hri ketiga kami briefing jeee sampai la jumaat penutup tu . Briefing segala lah . Kat sini memang aktiviti dia takda yang mencabar so tak payah risau penat ke hape okay . Haha .

Jadi tu jela nak cerita pasal Tawe . Post dah agak panjang , jadi cerita pasal lain di post lain lah pulak okayy , hahah !

KEEP SMILING ! XD

Sunday 2 June 2013

Countdown ! XD


ASSALAMUALAIKUM .
Sedar tak sedar . Memang tak boleh nak disangkal lagi . Memang tak boleh nak lari lagi .
Hari ini dah 3 jun .
Inshaa allah . Lagi 7 hari .
Aku akan mendaftarkan diri di UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA CAWANGAN PETALING JAYA pada sepuluh jun 2013 . Mendaftarkan diri sebagai seorang student asasi undang undang atau pendek sebut Law . Haha
Hum . So lepas ni aku dah kene limitkan my social thing . Macam berfacebooking . Ber we chat , whatssap , line , dengan blog blog ni pun aku akan hold seketika . Untuk aku buat persediaan keseluruhan untuk masuk sambung belajar balik ni selepas enam bulan bercuti ? Sob sob . Yeahhhh ! Haha .
Aku dah berazam dah , minggu ni aku nak settle everything . Untuk borang lagi satu je . Pasal perjanjian asasi , yang lain settel . Minggu ni jugak aku akan stat paking selow selow . Inshaa allah barang semua dah beli . Kalu ada yang kurang tu , nanti nanti la aku topup . Hehe . Haa , dan minggu ni juga  aku akan study . Yela . Memandangkan kami kami ni ada test dulu before masuk , jadi kene study lah . Arab dengan bi tuuu , takut jugak . Hehe .
screenshot :)
Haa , sebenarnya aku nak cakap jugak sikit ni . Memandangkan aku dah tolak yang ke jordan kerjasama dengan ikip tu , bawah kos perbankan islam  , bawah yayasan pahang , yang tu empat tahun , jadi aku sudah mengambil keputusan untuk ambik uia lah kan .
Humm , nak kata nya , yang asasi aku ambik ni , orang kata dua tahun sebab aku nak ambik asasi law sivil dengan syariah . Memang la boleh amik satu je . Saving time . Tapi memandangkan aku ni bekasan budak sains agama , jadi agak rugi la kalau aku tak amik syariahh . Benefitnya , nanti bidang kerja aku makin luas , boleh pergi ke sivil atau syariahh . Tengok la aku perform alik mana , harap harap dua dua okay . Inshaa allah .Then , aku kene sambung degree kat gombak inshaa allah selama lima tahun . Total dua dua
asasi + degree = 7 tahun beb !
Gila lama , compare dengan pergi jordan tu 4 tahun je . Jadi , umur dua lima inshaa allah aku baru habis study . Orang sume dah kawin dah kerja , aku baru nak mula semua tu . Hehe . Tapi takpe lah , aku redha . Redha seredha redha nya . Hehe . Seronok ape belajar lama lama ni .makin banyak belajar makin banyak ilmu tau . Yeay !
Inshaa allah , aku nak sampai ke tahap PHD . Tapi ikut rezeki ikut larat ke tak lah kan . Aku mungkin tak pilih untuk jadi peguam , tapi kalau rezeki aku ke arah itu , aku akan jadi PEGUAM ISLAM yang berjaya ! Dengan izin allah . Kalau tak aku cuma pilih jadi lecturer je lah . Serius ,aku tak punya cita cita tinggi menggunung macam orang lain . Aku cuma mampu menjadi aku .
Keep smiling ! :)