Sunday 2 June 2013

Countdown ! XD


ASSALAMUALAIKUM .
Sedar tak sedar . Memang tak boleh nak disangkal lagi . Memang tak boleh nak lari lagi .
Hari ini dah 3 jun .
Inshaa allah . Lagi 7 hari .
Aku akan mendaftarkan diri di UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA CAWANGAN PETALING JAYA pada sepuluh jun 2013 . Mendaftarkan diri sebagai seorang student asasi undang undang atau pendek sebut Law . Haha
Hum . So lepas ni aku dah kene limitkan my social thing . Macam berfacebooking . Ber we chat , whatssap , line , dengan blog blog ni pun aku akan hold seketika . Untuk aku buat persediaan keseluruhan untuk masuk sambung belajar balik ni selepas enam bulan bercuti ? Sob sob . Yeahhhh ! Haha .
Aku dah berazam dah , minggu ni aku nak settle everything . Untuk borang lagi satu je . Pasal perjanjian asasi , yang lain settel . Minggu ni jugak aku akan stat paking selow selow . Inshaa allah barang semua dah beli . Kalu ada yang kurang tu , nanti nanti la aku topup . Hehe . Haa , dan minggu ni juga  aku akan study . Yela . Memandangkan kami kami ni ada test dulu before masuk , jadi kene study lah . Arab dengan bi tuuu , takut jugak . Hehe .
screenshot :)
Haa , sebenarnya aku nak cakap jugak sikit ni . Memandangkan aku dah tolak yang ke jordan kerjasama dengan ikip tu , bawah kos perbankan islam  , bawah yayasan pahang , yang tu empat tahun , jadi aku sudah mengambil keputusan untuk ambik uia lah kan .
Humm , nak kata nya , yang asasi aku ambik ni , orang kata dua tahun sebab aku nak ambik asasi law sivil dengan syariah . Memang la boleh amik satu je . Saving time . Tapi memandangkan aku ni bekasan budak sains agama , jadi agak rugi la kalau aku tak amik syariahh . Benefitnya , nanti bidang kerja aku makin luas , boleh pergi ke sivil atau syariahh . Tengok la aku perform alik mana , harap harap dua dua okay . Inshaa allah .Then , aku kene sambung degree kat gombak inshaa allah selama lima tahun . Total dua dua
asasi + degree = 7 tahun beb !
Gila lama , compare dengan pergi jordan tu 4 tahun je . Jadi , umur dua lima inshaa allah aku baru habis study . Orang sume dah kawin dah kerja , aku baru nak mula semua tu . Hehe . Tapi takpe lah , aku redha . Redha seredha redha nya . Hehe . Seronok ape belajar lama lama ni .makin banyak belajar makin banyak ilmu tau . Yeay !
Inshaa allah , aku nak sampai ke tahap PHD . Tapi ikut rezeki ikut larat ke tak lah kan . Aku mungkin tak pilih untuk jadi peguam , tapi kalau rezeki aku ke arah itu , aku akan jadi PEGUAM ISLAM yang berjaya ! Dengan izin allah . Kalau tak aku cuma pilih jadi lecturer je lah . Serius ,aku tak punya cita cita tinggi menggunung macam orang lain . Aku cuma mampu menjadi aku .
Keep smiling ! :)

No comments:

Post a Comment