Thursday 14 November 2013

Janji .

Assalamualaikum .



Satu perkataan . Satu nada . Satu nafas sahaja untuk menyebutnya , tapi membawa seribu satu makna . Bukan apa , tapi aku yakin sangat semuaaa orang pernah alami perkataan ini . Tipu ahh kan , tak pernah .
Anyway , macam aku cakap tadi , hmm , siapa siapa pun boleh describe anything untuk that word . Dependd la kan . Sebab dia ada seribu satu maksud wehh .

Hmm , hari tu aku ada post di facebook tentang janji . Aku cakap ;

Janji . Janji tinggal janji .
Tolong . Aku tak mahu itu . Mohon .

Hmm , in your opinion kan , siapa suka janji tinggal janji ? Siapa suka janji yang tak dikotakan ? Siapa suka janji tidak ditepati . Siapa ? Okay aku respect kalau wujud orang itu . Serius aku tabikk ! Tapi itulah , setakat ini aku tak jumpa lagi . Orang itu .


Ramai aku jumpa , orang yang Buat itu . Yaa , apa yang aku sebut tulah . Aku malas la nak bagi contoh kan , sebab aku yakin ramai orang alami nya . Semua ah ada pengalaman sendiri . Dan tipu jugak lah kot kalau aku cakap aku tak pernah tak mungkiri janji . Dah sebab mungkin aku seorang manusia . Aku Pendosa . Tak pernah tak buat silap . Hmmmm ,

Jadi aku disini sebenarnya , nak lah ajak kan semuaaaa orang agar kita mahu mengubah diri kitaa . Serius , aku rasa tak ramai la orang suka kawan dengan kita kalau kita ada sifat itu . Okay aku bagi contoh .

Katalah kan janji dengan dia nak datang jam sekian sekian , tapi tak datang pun jam tu . Tapi kita patut khusnuzon * bersangka baik * . Hmm , mungkin dia lambat sikit . Tapi dah kalau dia tak datang langsung kan . Pastu tak mesejj pulak bagitau ape ke , pastu esok jumpa tanya kenapa tak datang , jawab macam tak bersalah . Rasa sakit hati tak ?

Tapi harap lah tak bergaduh kan korang berdua tuu . Haha . Kita kalau dalam situasi macam tuu , aku kasi tips sikit . Terus chill je . Teruskan khusnuzon . Jangan cepat marah . Okayy ? Hehe .


Satu lagi kes , jangan ingat kita berjanji kalau kita hanya sebut perkataan JANJI tu . Kalau kita tak sebut pun , tapi kita macam menaruh harapan dalam ayat kita tu , dia sebenarnya dah klon JANJI !

Jadi , watch your word okay :D !

Satu nasihat aku , dalam kita berkata kata , aku rasa it is better untuk kita sertakan perkataan IN SHAA ALLAH dalam percakapan kita yang macam menjurus ke arah Janji . Dah maksud InShaa Allah tu sendiri maksudnya DENGAN IZIN ALLAH . Jadi , kita memang tak boleh nak buat apa lah kan , kalau Allah tak izinkan , kan ?

Dalam surah AlKahfi ayat 23 hingga 24 , Allah ada berfirman yang bermaksud :

"Dan janganlah engkau berkata terhadap sesuatu (yang hendak dikerjakan), Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu , kemudian nanti . Melainkan ,
(Hendaklah disertakan dengan berkata) :Insyaa Allah ."

Diriwayatkan ayat ini turun sebagai pelajaran kepada Nabi Muhammad ; Allah mengingatkan bagaimana Nabi lupa menyebut Insyaa Allah haruslah segera menyebutkannya kemudian .

Okay faham kann ? Haaa . Jadi sama samalah kita ambik part dan berubah okayy ? Hee.

'Janji ada banyak jenis . Janji melayu , janji cina , janji india . Mana satu ?' -Izzat Irfan.

Haha . Itu pendapat salah seorang dari kawan aku . Aku harap kita semua jadi penjanji yang baik . Jangan sampai orang dah anggap kita suka langgar janji , sampai kita digelar Penjanji Capati . Kekeke .

Done . keep Smiling XD !

Sushi dan Aku dan Sushi :p PART 2

Assalamualaikum .

Haha . First time ada sambungan . Yela , aku ni kalau cerita , nak detail betul . Ni pun ada cut cut sikit tau . Kalau takk . Haa , tak muat blog ni wakaka !

Okay okay sambung :)

Jadi malam tu before aku tidur , tiba tiba aku terbayangkan BISNES SUSHI ! Haha amik kau . Punya lah tinggi cita cita . Aku berangan buat bisnes kecik kecik dulu , letak kat makcik makcik jual kuih . Kalau terkenal sikit area Tj tu , nak bukak stall sendiri . Then jadi famous sekitar Tj . Then , nak bukak kedai pastu terkenal masuk tv . Wakakakaka ! Gila berangan aku . Haha . Kalau boleh nak jadi la macam HotBurger tu , dah famous dah dia . Hmmm .

Rasulullah pernah bersabda ;

90 peratus daripada punca rezeki itu adalah daripada perniagaan ".*maaf tak ingat riwayat . hehe :( *

Esoknyaa , aku pun start la buat projek . Pergi beli bahan , buat testing 3kali hari tu . Alhamdulillah , semua menjadi .  So aku utarakan lah idea aku pada kawan aku dan family aku . Yee , idea nak buat bisnes tu .
Overall semua menghalang la . Sebab mahal umi aku kata nak keluarkan modal tu . Tapi aku nak test test je , memandangkan aku duk bosan bosan kat rumah tukan . Cuti sem 2 bulan , kerja tak cari lagi , memang bosan laaa . Haha . Tapi umi aku support je aku ha .

Aku gi la survey makcik makcik nak mintak izin tumpang kuih kat tempat makcik kan . Alhamdulillah makcik bagi peluang . Aku hapee lagi , start la projek . Hantar Sushi kat makcik tengahari . Pagi aku mintak adik kawan aku tolong jual lat sekolah dia .

Alhamdulillah , hari pertama bisnes memberansangkan . Kat makcik laku 8 bungkus . Kat adik kawan aku tu , habis . Hehe . Dah memang budak budak baya aku gemar makan menda macam tu compare makcik makcik kan ? Hehe.

kat makcik . dua singgit dua singgit ! haha :)
Start hari khamis minggu lepas , sampaila selasa minggu ni . Tempoh tu je aku bertahan jadi businessman of Sushi . Haha . Alhamdulillah , feed back diterima sepanjang tu positif . Dekat adik kawan aku tu hari hari habis . Kat makcik tu , macam tu je la . Isnin tu , Sushi aku habis seringgit je . Haha . Tapi aku tak putus asa . Alhamdulillah , esokknya habiss you allz ! Kekeke . Then aku stop berniaga atas alasan alasan tertentu . Hihi :)

'Sesungguhnya Allah bersama orang orang yang sabar .' [Al Anfal :46]

Aku bersyukur sebab Allah bagi aku peluang jadi peniaga buat seketika . Lepas nI , aku kena cari kerja sebenarnya , untuk isi masa cuti sem yang panjangggg sangat ni . Huh -.-

Tiba tiba akak aku tanya ;
" hah , yang kau nak bagi cikgu tu sushi tu , dah bagi belum ? "

Errk . Haha belumm wehh ! :D
Nanti kalau ada masa buat saya bagi yee cikgu !

Keep Smiling XD !
 

Wednesday 13 November 2013

Sushi dan Aku dan Sushi :p

Assalamualaikum . 

second time , berjaya !
Hm . Nak kata kawan karib tu tak jugak . Nak kata musuh lagi lah tak . Tapi tulah , aku sangat minat dia . Namun tak tahula dia minat aku ke tak . Haha .

Sebenarnya , aku nak cerita kisah aku ni . Hihi . Okay aku straight forward ea .

Macam ni , aku ni sebenarnya minat dengan Sushi ni . Sebab apa ? Dipendekkan cerita ,  Memandangkan aku dulu seorang student yang belajar subjek Bahasa Jepun , jadi aku dapat peluang untuk menyertai Hari Kebudayaan Bahasa Jepun . Haa, dalam tulah aku ada belajar cara cara membuat Sushi . Jadi start dari hari tula ,aku macam suka makan Sushi , walau sebenarnya susah untuk aku makan Sushi ni sebab harganya yang mahal , tapi aku suka je . Rasa macam unik dapat makan makanan Jepun . Hehe :p

Dan tiba tiba hari tu , masa aku jalan jalan dengan member dekat Mall , aku nampak ada sale 70 % jual set sushi . Jadi 20 hinggit jee . Terus rasa nak beli , tapi nak buat apa kan . Haha . Tiba tiba kawan aku suggest ajak buat Sushi. Kebetulan kat rumah dia ada Bamboo Sushi yang untuk gulung Sushi tu , jadi aku pun cam semangat la kan . Haha . Cuma dengan syarat kena jumpa Seaweed *rumpai laut*  dulu , baru boleh buat . Haa . Jadi kami pun pergilah Hypermarket kat situ dengan meninggalkan set Sushi di situ . Haha sengal !

Tapi kitorang tak jumpa pulak . Takpela , nak try cari kat market lain pulak . Then , Kami continue jalan jalan dalam Mall tu . Hehe .

Nakk katanya , kamI jumpa lah Seaweed tu , tapi bukan yang biasa makan . Oh lupa , aku ni selalu jugak makan seaweed snek tu tau . Sedapp . Halal okay . Haha . Seaweed yang kami jumpa ni , bukan seaweed yang biasa makan tu , tapi untuk buat sup . Entahla , aku pun baru jumpa seaweed macam tu , haha . Tapi takpelah , kami beli jelah . Then barulah boleh beli bahan bahan yang lain . Sosej , beras pulut . Aku tak tahu sebenarnya guna beras apa , aku try la kan beli beras pulut . Siap tanya makcik makcik dalam market tu , 

"Makcik , beras pulut ni boleh tak guna buat sushi ? "
"Eh , makcik tak tahu . "
" hehe . Tapi dia macam melekit la kan . Macam boleh guna lah kan ? "
"Haah . Memang melekit pun nanti beras tu . Tapi tak taulah boleh ke tak . Sorry ye dik ".
"Oh okay . Terima kasih ya , makcik *senyum malu*"

snek sushi :) halal okay !
Balik balik rumah tu semangat la kan nak buat . Haha . Tanya umi boleh tak guna beras pulut ni , then kakak kata ; 

"Eh , kau tengok google tak before belI semuaaa ni ? " 

Hadoiii . Haah laaaa . Lupa tengok Mr.Google ! Adoi . Haha . Kan dah tersalah beli . Mana guna beras pulut dikk oI . Haha . Mujor mak member nak guna , then jual la ke dia . Dapat duit balik . Kekeke .
Buat buat , tak jadi . Tengok Google la ni . Hihi . Memang tak boleh guna Seaweed buat sup tu . Tapi tetap bertekad nak cuba lagi esokk nya . Guna seaweed snek tu . 
Aku pegang ; PRACTICE MAKES PERFECT ! Haha . 

sushi first time tak jadi :p
Alhamdulillah , kalI kedua menjadi . So , niat nak bagi la dekat cikgu bekas Mentor dulu memandangkan  beliau duduk dekat je dengan rumah aku . Tapi malangnya , dah habis dibaham adik beradik wa family . Haha ! Buat lagi la esok jawabnya .
Malam tu before tidur kann , haaaaaaaa .
--------BERSAMBUNG . kekeke , panjang sangat :p ! --------
Keep Smiling XD

Monday 4 November 2013

1, 2, 3 ... Lompat !

Assalamualaikum .

Hah ? Nak lompat ke mana tuu ? Jangann la awokk nak masuk lubang buaye tuu . Meh sini main lompat lompat kat taman ni meh :)

Hihi . Sorry termengarut di atas . Okay okay , mari kita fokus kembali !
Umm , inshaa Allah sekejap lagi kita akan berganjak ke halaman baru . Ya , halaman buku . Tapi buku hidup kita . Setelah kita dihidupkan selama 18 tahun inI *sila ikut tahun kelahiran anda ye ;) * , berbagai noda telah kita lakukan . Walau ombak pandai membadai , walau

Ya Allah , apa yang aku melalut sangat ni . Fokus fokus ! Huh . Okay .

Mari kita berhijrah kawan . Mari . Sempena Maal hijrah sebentar lagi . Walaupun aku dapat tahu sebenarnya bulan Muharram nI bukan bulan sebenar Nabi Muhammad berhijrah ,*maaf untuk tahu lanjut sila tanya pakar:( * tetapi apa salahnya kalau kita mengambil semangat penghijrahan itu . 

Alaaa , bukan suruh pindah rumah dari kota Temerloh ke Kota Bharu pun , tapi ;
Andai sekarang kita malas nak baca buku , maka rajinkan lah membaca .
Andai sekarang kita malas buang sampah umi suruh , maka selepas ini tanpa disuruh , buang lah .
Andai sekarang abah suruh angkat kain , janganlah kata okay dan tak pergi buat pun . Tapi pergilah segera .
Andai sekarang kakak asyik tegur duk mengadap tablet je , maka berhentilah seketika .
Andai sekarang cepat marah [hot stuff] , maka berubahlah menjadi cepat sejuk .
Andai sekarang solat jemaah dua kalI sehari , maka limakanlah kalinya .
Andai suka pecah amanah , maka genggamlah amanah dan laksanakannya .
Andai sekarang susah sangat ucap Maaf dan Terima Kasih , maka senangkan lah .
Dan banyak lagi andai ....

Tenat untuk aku senaraikan semua . Tapi cukuplah anda mengerti bahawa , Hidup ini perlukan Penghijrahan . Jadi berubahlah . Berubahlah ke arah lebih baik :) inshaa Allah .

Bagus juga andai mahu senaraikan Azam baru tatkala ini . Tapi kalau boleh jangan letak nombor disenarai itu . Kerna kalau boleh Azam tidak boleh ada nombor 2 , 3 , 4 , 5 and so on . But jadikan lah semua itu nombor satu . Aminn .

Jadi disini saya Muhamad Ikhwan b Mohd Zain anak jati negeri Pahang ;) ingin memohon Maaf andai saya ada , ehh bukan andai . Atas segala kesalahan yang telah saya laku kan . Moga Allah redha dengan saya dan kalian semua . Insha Allah  .

Senior aku selalu berkata ;
kalau bukan tahun ini , bila lagi .
Kalau bukan bulan ini , bila lagi .
Kalau bukan hari ini , bila lagi .
Kalau bukan detik ini bila lagi .
Dan kalau bukan Kita , siapa lagi ?

Mari . BERUBAH . Mentaliti dan Fizikal . Sambil mencari redha Ilahi .
------------
"Iwan , abah suruh angkat kain kan tadi ? Asal tak angkat lagi ! Pergi angkat sekarang . "
Err , baik kak ! :D hehe .
Lastly , KEEP SMILING YA XD !



Sunday 3 November 2013

UIA , KMP Dan UITM ... + JORDAN !

Assalamualaikum ,

ehh . Bukan bukan . Tu bukan senarai tempat belajar yang aku akan further . Tu bukan jugak tempat belajar yang aku termimpi mimpi nak pergi . Tapi itulah Kami , Sahabat se TJ . Keh keh keh .

Alhamdulillah , setelah masing masing empat bulan tak bersama , *ecehh , padahal jumpa je selang sebulan * , aku , syafiq , nasya pun jalan jalan lah macam biasa . Yee , katanya aktiviti anak muda . Tapi tak la anak muda sangat . Cuma kami memang pergi berjimbaaa lah hari tu . Hahaha !

Dah lama sangat tak pergi jalan . Aku cuti sem sebenarnya 3 minggu . Sebabnya aku ada short sem a.k.a sem2 . Tapi kan , tapikan , memang sekarang nie ada konflik sikit pasal kami kami nie ha . Maksud kami kami tu , yang dapat level 6 arab . Haa ? Tak paham?  Okay , meh nak terang sikit .

UIA ni sistem dia , ada exam kan , macam aku cerita awal awal dulu . So , Alhamdulillah , exam last sem 1 hari tu , kitorang hekzem , dan aku APT a.k.a. Arab dapat level 6 je , even tak exit . Alhamdulillah lah kan , naik level dari level 4 dulu . Kemudian EPT a.k.a English dapat exotic . Haha , exit la tu maksudnya . Alhamdulillah again :) .

Namun ! Haa , masalah timbul apabila kami yang level 6 arab ni dikatakan tidak boleh ambil Arab short sem ni . Its okay lah kan sebab mereka kata kami diberi pilihan lain iaitu ambil BTQ , iaitu subjek BASIC THEMES ALQURAN . Tapi baru baru ni kata BTQ dah penuh , jadi kami harus CUTI LAGIIIII! 

OH , TIDAK!

Bukan apa , seronok je cuti lagi , tapi aku ni dah bersedia mental untuk ke sem 2 . Fizikal juga mungkin sudah , ngeee~ .

Tapi apa apa pun , aku esok (selasa) akann tetap jugak pergi Uia , mana tahu kan , lepas rayuan . Kekekeke :D !

Ehh , kembali pada tajuk .
Okay , jadI after student matrik balik , student uitm memang dah ada kat cuti , jadi kami memang dah terbosan duduk rumah . Maka kami pun mahu bersuka ria pulak . Hehehe , tak jauh , StaRMall je pun . Lahhai . Hihi .

Main bowling . KFC . Wayang Highland Tower .

Total semua 30 sekepala . Haha okay la kan . Then kami balik . Disebabkan nasya seorang wanita alias perempuan , jadi kami balik la awal . Kang tak pasal pasal kene lecture dengan ayah diaaaaa . Hehe .

Anyway , kami ada sorang lagi sahabat SeTJ tapi dia nunnnnnnn jauhh di sana . Haaaa , FARHANA AZMAN . Kiki *mesti dia bangga aku tulis nama dia ni ha * . Nak buat macam mane , dah jauh beribu batu , aku hanya mampu tunjuk gambar gambar dia pada nasya dan syafiq mengikup Apps Apa atau Whatssap . Aku jugak turut bercerita kepadanya melalui whatssap sahaja . Nak bagi dia jeles . Kekekeke . Takde ah . Hahaha!


Eh, ramai jugak kawan kawan aku flyy ke Jordang ni haa . Antaranya , ATIQAH HAZMAN , ATHIRAH HASSANUDDIN , ROHAYA ALIAS , NAIM MUZAFFAR , dan lain lain lagi . Mereka semua tu chill je kat sana , terutama nya Atiqah hazman . Huh , suka sungguh di sana ! Hehe . Memang seronok ah tengok korang kat sana . Kitorang keep in touch guna whatssap je , memang macam diorang dekat sangat dengan kitorang . Hmmmmm . Hope boleh jaga diri masing masing dI sana :) .
Okay lahh . Memandangkan kami semua dah boleh drive , jadi lepas ni mungkin boleh berjimbaaa jauh sikit . Menikmati keindahan ciptaan Ilahi . Haaa , gituuhhh ;)
Okay , kepada yang sedang bercuti atau baru sahaja dicutikan , aku berharap korang fill in the day dengan aktiviti yang sangattttt lah berfaedah ! Jangan la hangpa buang masa dengan perkara lagha . Haa , berjimba sekali sekala bukan laghaa okayyy ! Hikhik . Ikut niat la , kalu untuk merapatkan silaturrahim , okay then :)  kalau susah sangat , sila cari kerja ! Sila . Cari income tak payah susahkan mak ayah .

Haa , adik adik sekolah pun nak start cutI dah kan tuuu ? Haa , elok sangat la tu . Okay , sampai di sini sahaja . KEEP SMILING ! XD

P/s :  Pahang Juara Piala Malaysia ohoi ! Bangga koi ic tengah 06 . Kikiki ;)

Saturday 2 November 2013

SAHABAT :)

Assalamualaikum .

Sejak dua menjak ni , aku banyak post di Facebook tentang Sahabat . Entah kenapa aku begitu . Mungkin aku sangat kangenkan seorang Sahabat .

"CatDog . Itulah sahabat . Mereka Tak pernah berpisah . tak akan. "

"Dulu Sahabat . Sekarang Habat . Sengal kusut poyo semua adalah . Aku doakan kau berubah . Hmm "

Itu antara dua quotes yang aku cipta sendiri . ngeh ngeh ngeh . 
Tapi tu lah , aku sebenarnya , sedang mencari seorang Sahabat . Aku tahu , setiap orang punya erti Sahabat sendiri . Aku jugak . Tapi aku tak tahu nak definisikan apa . Haha .

Anyway , aku pernah tanya seorang senior tentang Sahabat .
"Bro , bro ada sahabat ?"
"Haha . Hummm . Humm . Takda . Kenapa ?"
"Oh tak , saya cumarasa kita kena ada sahabat dalam hidup ini.sebab tu saya tanya bro , kalau ada sahabat , saya nak tanya tips , macamane cari sahabat tu . Hehe" .
"Oh , tapi bagi ana. Cari sahabat memang susah . Terutama lelaki."
"Tapi kan , kenapa perempuan senang je ada sahabat ?sedangkan  zaman dulu , Nabi ada sahabat . NABI KAN LELAKI."
"Haah kan . Hmmm "

Kan ? Kalau kita tengok perempuan ramai gila ada Sahabat . Tapi lelaki ada je , cuma satu dalam seratus .

Dear Sahabat Jerantut , sahabat Sg.lembing , sahabat Sk tok sera, sahabat temerloh jaya, sahabat sbpit dan sahabat predoss .
Aku manusia . Kita semua manusia . Mungkin , aku assume semua pernah berpindah , jadi aku anggap , semua ada Sahabat di tempat masing masing . Sebab selalunya sahabat kena sentiasa ada di sisi kita . Cuma nya , Walau kita sudah berjauhan , harap kita still Keep in touch dengan gadjet gadjet yang kita ada ni . Takpelah tak bersemuka empat mata pun  , janji ukhuwah tu tetap terjalin .

Satu soalan aku . Rasa rasa lah kan , pelik tak ada Sahabat wanita a.k.a perempuan ? Haha .
              *berkumat kamit nyanyi lagi Najwa Latif Sahabat ~ *

Last but not least , aku sangat sangat berterima kasih kepada yang sudI bersahabat dengan aku . Dan yang telah melabelkan Aku sebagai Sahabat . Terima kasih banyak banyak ! Uhibbukum lillah !
Kita mungkin ramai kawan , teman , sain , rodong , rakan . Tapi kita tetap perlukan SAHABAT :)

keep smiling ! XD
# satu lagi pesanan , moh la kita tengok cerita Sahabat di astro ria setiap isnin hingga khamis jam 5.30 petang ! Hoyeah :D



Friday 1 November 2013

SETELAH SEKIAN LAMA ..

ASSALAMUALAIKUM !




 fuh fuhhh . hish hish ape ni banyakk nya sarang spiderr ! Ya Allah , berhabukk nya blog ni . Punyalah tak diuruskan . Ditinggalkan macam tu jee . hemmm . macam GAJAH PUTIH = PROJEK TERBENGKALAI . peribahasa nih :)
Hahaha .

Biasalah tu kan ayat macam ni bagi sesiapa yang dah tak hupdate blog lama sesangattt !Alhamdulillah setelah cuba berkali kali bukak blog ni , dapat jugak bukak . Lupa password wehh , haha ! dulu pernah berazam nak hapuskan blog ni , sebab dah hampir empat bulan duduk cfs , selama tu la tak bukak blog untuk diupdate . haha .
tapi tiba tiba ada someone meransang hormon semangat untuk bukak balik and update balik blog . Thanks awak ! :D

ANYWAY . nak kabo kepada semua yang datang melawat , dulu blog ni berkonsepkan kehidupan seorang manusia setelah bergelar EX STUDENT . tapi setelah aku masuk universiti sudah , maka kena tukar la konsep blog . ehh ,Bukan konsep , tapi THEME . haaa , thats the right word .
ni header lama
header menjadi lebih matang . hehe

apa apa pun , aku cuma berharap aku bisa ISTIQAMAH dalam meneruskan atau menghidupkan BLOG ini . Sebab dari dulu lagi aku pernah berazam untuk jadi blogger yang terkenall . ecehh , cita cita tinggi menggunung ! haha .

so , lepas ni aku mungkin banyak cerita life in university . atau lain lain . but hope bermanfaat untuk semua .

okay , see you next time ! :D